Site announcements

MyINSTINCT23: Integrasi LMS dan IOT Bawa Tuah Kepada ILKKM Sungai Buloh. Pingat EMAS Katergori Terbuka.

by ILKKM Blended E-Learning System | System Administrator -

Tahniah dan Syabas: 

iBES mendapat Pingat EMAS (ThermoHygroSense) - Indoor Air Temperature & Humidity Surveillance System


main

emas

sabah

sa

poster akhir

========

Tarikh: 25 Julai 2023 @2.30PM

Pada bulan Mei 2023 yang lalu Pengajar ILKKM Sg Buloh En. Syazwan dan Pegawai dari Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amierul telah menyertai pertandingan inovasi MyInstinct23 peringkat kebangsaan anjuran MARA, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Sabah, Institut Kemahiran Mara Kota Kinabalu dengan kerjasama SIRIM, MRANTI, NIOSH dan Yayasan Inovasi Malaysia. Mereka berdua telah menyertai kategori terbuka bagi inovasi berjudul ThermoHygroSense (Indoor Air Temperature and Humidity Surveillance System). Pengajar - Pengajar ini adalah antara perintis projek iBES yang telah melonjakkan kualiti pengajaran atas talian antara akademia dan pelajar sejak 2021. Kini mereka tampil membawa inovasi baru dalam memperkasa kesihatan persekitaran, kualiti udara dalaman dalam aspek pembelajaran di ILKKM dengan penciptaan ThermoHygroSense.


Alhamdulillah projek ini telah terpilih dan memperolehi pingat emas dalam kategori berkenaan. 


Disamping itu, projek ini juga dipilih antara 30 projek terbaik untuk dipertandingkan secara fizikal di Kota Kinabalu pada 23 Ogos 2023 nanti. 


Dengan kemenangan ini sedikit sebanyak dapat mencetus semangat berinovasi dikalangan pengajar ILKKM untuk bersama-sama menyokong pelan strategik KKM.


Video Pengunguman: 

Older topics...