Site announcements

ADAB MENUNTUT ILMU SECARA ONLINE - MUHAMMAD NORHANIZAM HARIF (PENGAJAR PPKP)

by ILKKM Blended E-Learning System | System Administrator -

ADAB MENUNTUT ILMU SECARA ONLINE  - MUHAMMAD NORHANIZAM HARIF (PENGAJAR PPKP)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.  (SILA RUJUK LAMPIRAN/ ATTACHMENT)

Di sini ingin saya kongsikan adab menuntut ilmu pembelajaran secara ‘online’. Semoga dengan adab dan ilmu ini dapat kita semua mengangkat nilai ilmu dan menjadi insan berakhlak mulia yang akan sentiasa menjaga adab, tingkah laku serta tutur katanya supaya generasi akan datang yang lebih cemerlang dunia dan akhirat. Semoga dengan ilmu ini di kongsi bersama-sama dengan pelatih-pelatih ILKKM Sungai Buloh. 

LIMA (5) ADAB MENUNTUT ILMU SECARA ONLINE 

1. MEMBUAT PERSEDIAAN SEBELUM KELAS 

a. Cari lokasi yang sesuai dan elakkan tempat yang bising yang boleh mengganggu tumpuan belajar. 

b. Pastikan membuat persiapan bahan pembelajaran online seperti laptop/desktop/lain-lain peranti, telefon bimbit, buku, alat tulis, peralatan lain yang sesuai ada berdekatan dengan diri anda. 

c. Penuhi keperluan sebelum pembelajaran online bermula. Rancang masa makan minum, pergi ke bilik air sebelum kelas bermula agar tidak mengganggu tumpuan pembelajaran. 

d. Semak jadual waktu kelas agar tarikh dan masa yang telah dikemaskini. 

e. Sila periksa awal sehari atau sebelum kelas bermula tentang kebolehan capaian dan kelajuan internet serta peralatan pembelajaran untuk kelas online. 

f. Pastikan pelatih mendapatkan ‘link’ dan aplikasi yang akan digunakan dalam kelas ‘online’ samada secara segerak atau tidak segerak. Pelatih perlu bersedia dengan aplikasi yang akan digunakan. 


2. DOA MENUNTUT ILMU 

a. Membaca doa sebelum dan selepas kelas bermula. 

b. Ikhlaskan hati menuntut ilmu. 


3. HADIR DAN TURUT SERTA 

a. Masuk awal ketika kelas online bermula sebaik-baiknya 10 minit sebelum kelas bermula. 

b. Pastikan anda duduk pada postur badan yang betul. 

c. Pastikan pelatih mendaftar kod subjek di https://ibes.ilkkmsb.edu.my

d. Pastikan mengisi borang kehadiran sebelum kelas bermula. 

e. Gunakan nama sebenar. Nama anda sangat baik dan memberi penghargaan terhadap ibu bapa anda yang memilih nama tersebut. 

f. Gunakan gambar sebenar. Tidak perlu gunakan gambar orang lain atau gambar kartun. 

g. Berpakaian kemas dan sopan serta menutup aurat. 


4. FOKUS DAN MEMBERI TUMPUAN SEPENUHNYA 

a. Buka paparan kamera. Dengan cara ini pengajar boleh melihat reaksi dan mimik muka pelatih terhadap pengajaran yang ingin disampaikan. Selain itu, ia menunjukkan sikap hormat kita terhadap pengajar yang sedang mengajar di samping dapat mengekalkan tumpuan belajar kita ketika di dalam kelas online. 

b. ‘Mute mikrofon’ supaya tidak menggangu dengan bunyi yang ada. 

c. ‘On mikrofon’ jika perlu menjawab soalan atau memberi maklumbalas kepada soalan pengajar. 

d. Menjawab soalan dan memberi maklumbalas terhadap pengajar. Beri kerjasama dan respon yang baik. 

e. Kekalkan paparan video (live) pengajar untuk lebih fokus dan mudah memberi tumpuan tanpa sebarang gangguan daripada paparan aplikasi lain. 

f. Aktifkan penglibatan diri dengan memberi maklumbalas. Penglibatan dan komunikasi dua hala amat membantu dalam keberkesanan sesi pembelajaran. Maklumkan sekiranya memerlukan rehat sebentar 5-10 minit untuk regangan otot dan kembali fokus semula. 

g. Pelatih di larang ‘multitasking’ semasa pembelajaran online berlangsung seperti sedang memandu kereta, memasak, menunggang motosikal, menonton filem di ‘youtube’, bermain ‘game’, menghantar makanan kepada jiran, membeli belah ‘online’ dan sebagainya yang boleh mengganggu tumpuan belajar. 

h. Kekal fokus dengan pengajar dan ilmu yang disampaikan. 

i. Jangan ponteng kelas. Maklumkan kepada pengajar sekiranya ada kecemasan atau tidak boleh hadir kelas online dengan kebenaran, pelatih dikehendaki untuk mendapatkan maklumat dan tugasan (sekiranya ada) berkaitan dengan subjek. 

j. Sekiranya mempunyai perkara penting atau kecemasan semasa sesi pembelajaran berlangsung dan perlu meninggalkan kelas ‘online’, pelatih perlu memohon kebenaran untuk izin keluar daripada pengajar. 


5. UCAP TERIMA KASIH 

a. Mengucap terima kasih apabila tamat kelas online. Ia sebagai tanda penghargaan dan keberkatan ilmu yang disampaikan kepada pengajar. 

b. Mengucapkan syukur kepada Allah yang telah memberi kita peluang untuk menuntut ilmu untuk memberi manfaat kepada masyarakat. 

c. Isi borang penilaian pengajar selepas pengajaran dan pembelajaran. Berikan cadangan dan maklumabalas secara ikhlas. 


Semoga kita mendapat keberkatan dari ilmu yang kita pelajari demi mempertingkatkan jati diri dan kejayaan dalam hidup. 

Sekian, terima kasih 

(SILA RUJUK LAMPIRAN/ ATTACHMENT)

ILKKM Blended E-Learning Management System (IBES) ILKKM Sg Buloh

by ILKKM Blended E-Learning System | System Administrator -
Older topics...